11 senarai artis popular yang bercerai tahun 2024, no 8 paling tak sangka.
Tahun 2024 belum pun melabuhkan tirai, namun industri hiburan telah dikejutkan dengan pelbagai penceraian pasangan selebriti.
Ada antara mereka yang keretakan rumah tangga sudah diketahui umum, sementara ada juga pasangan yang telah lebih 10 tahun berkongsi hidup tetapi akhirnya kecundang di tengah jalan.
Namun, ada juga pasangan yang kelihatan bahagia tetapi akhirnya mengumumkan bahawa mereka telah selesai menjalani tempoh idah.
Tiada siapa yang impikan perpisahan setelah bergelar suami isteri, tetapi pada akhirnya, ada yang memilih untuk membawa haluan masing-masing.
FYP senaraikan pasangan selebriti yang mengambil keputusan untuk mengakhiri perkahwinan mereka tahun ini.
- Datuk Red – Adira
Penyanyi Adira Suhaimi, 32, dan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red, 46, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor pada 24 April lalu. Lafaz cerai itu dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar jam 9.45 pagi.
Keretakan rumah tangga mereka sudah diketahui selepas Adira memfailkan penceraian pada 25 Oktober tahun lalu. Sebelum ini, Adira pernah memfailkan perceraian pada 2019 tetapi menarik balik demi anak-anak.
Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan dikurniakan empat anak: Anggrek, 6; Asan, 5; Anggun, 4; dan Ayob, setahun.
Bagaimanapun, hubungan mereka nampaknya menemui sinar baharu apabila kedua-duanya tidak menolak kemungkinan untuk berkahwin semula dalam masa terdekat.
- Irma Hasmie – Redza Syah
Selepas desas-desus mengenai keretakan rumah tangganya tersebar, pengacara dan pelakon Irma Hasmie akhirnya mengakui bahawa perkahwinannya bersama Redza Syah Azmeer berakhir pada Oktober tahun lalu.
Pengakuan ini hanya dibuat selepas Redza berkahwin baharu pada April, dengan Irma menjelaskan perkara tersebut menerusi rakan baiknya, Reen Emran, yang turut dikongsikan oleh pengacara dan motivator Amin Idris melalui Insta Story.
Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua anak: Redza Syed Irfhan, 11, dan Irma Nur Naylie, 10.
- Aliff Aziz – Bella Astillah
Pasangan kontroversi Aliff Aziz, 33, dan Bella Astillah, 30, sah bercerai talak satu buat kali kedua di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, pada 13 Jun lalu.
Perkahwinan mereka goyah selepas Aliff dikaitkan dengan kes khalwat bersama pelakon Ruhainies, 32, di sebuah kondominium pada 9 Mac lalu. Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua anak: Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
- Nora Danish – Nedim Nazri
Penceraian antara Nora Danish dan Nedim Nazri mengejutkan ramai walaupun pelakon tersebut sudah mengakui tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya.
Pasangan ini bersetuju untuk berpisah secara baik di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 19 Jun lalu. Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl, yang kini berusia enam tahun.
- Harith Iskander – Dr. Jezamine Lim
Pelawak Harith Iskander, 58, dan Dr. Jezamine Lim, 41, bercerai pada 25 Julai lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan akibat tiada persefahaman.
Pasangan ini masih mengekalkan hubungan baik demi anak-anak: Zander Xayne, 14; Alessandra Jayne, 11; dan Zydane Zayne, 9.
- Syamsul Yusof – Ira Kazar
Tidak sampai dua tahun berkahwin, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof sah bercerai talak satu dengan Ira Kazar pada 4 September lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.
Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari 2023 di Thailand dan rumah tangga mereka kembali menjadi perhatian selepas Syamsul menfailkan perceraian pada 19 Ogos lalu.
- Fattah Amin – Fazura
Ikatan perkahwinan selama hampir tujuh tahun yang dibina Fattah Amin dan Fazura akhirnya berakhir dengan penceraian pada 7 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Mereka berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.
- Emma Maembong – Muhammad Shazli.
Tanpa khabar angin sebelumnya, Emma Maembong mengakui telah bercerai dengan suaminya, Muhammad Shazli Azhar, secara baik pada 7 Oktober lalu. Demi kesejahteraan anak-anak, Emma dan Shazli masih mengekalkan hubungan baik.
- Datuk Fazley Yaakob – Azrene Soraya
Penyanyi dan chef selebriti Datuk Fazley Yaakob mengesahkan bahawa mahligai perkahwinannya selama 18 tahun bersama Azrene Soraya Abdul Aziz telah berakhir.
Pasangan ini bersetuju bercerai dan mengekalkan hubungan baik demi anak-anak.
- Que Haidar – Linda Jasmine
Pelakon dan pengarah Que Haidar, 45, dan Linda Jasmine, 52, telah bercerai pada 2 Julai lalu.
Walaupun perkahwinan berusia 15 tahun ini berakhir, hubungan mereka kekal baik demi anak-anak.
- Kaka Azraff – Adam Azriff
Rumah tangga penyanyi Kaka Azraff, 35, dan suaminya, Adam Azriff, 30, sah berakhir dengan penceraian talak satu pada 28 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan mempunyai tiga anak: Aslan, 5; Aryan, 3; dan Atta Adam, yang baru berusia setahun.