11 beranak tinggal di pondok usang tanpa dinding selama 18 tahun akhirnya rumah baharu dari pemuda dari Sabah

Photo of author

By Syima Iza

11 beranak tinggal di pondok usang tanpa dinding selama 18 tahun akhirnya rumah baharu dari pemuda dari Sabah.

Sebelum ini, tular kisah menyentuh hati mengenai sebuah keluarga 11 beranak yang tinggal di sebuah pondok usang tanpa dinding selama hampir dua dekad.

Kisah tersebut dikongsikan oleh seorang aktivis kebajikan dari Sabah, Adrian Edy, selepas beliau menziarahi keluarga berkenaan yang terdiri daripada sepasang suami isteri bersama sembilan orang anak mereka di Kampung Rosob, Pitas pada 31 Oktober lalu.

11 beranak tinggal di pondok usang tanpa dinding selama 18 tahun akhirnya rumah baharu dari pemuda dari Sabah

Dalam perkembangan terkini, Edy memaklumkan bahawa rumah keluarga tersebut telah diberi nafas baharu dengan pembaikan dilakukan pada beberapa bahagian rumah yang uzur.

Menurut Edy, semua bahan untuk membaik pulih rumah itu diperoleh hasil daripada sumbangan orang ramai.

“Hadiah Rumah Kasih Rakyat daripada rakyat untuk keluarga kakak Vernnah di Kampung Rosob, Pitas. Lantai yang reput kami tukar baharu, zink yang rosak juga digantikan. Kami turut membina sebuah bilik tambahan untuk anak-anak kak Vernnah,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adrian Edy (@adrianedy7)

Proses ubah suai pondok tersebut menjadi sebuah rumah yang lebih selesa mengambil masa sekitar 10 jam, dengan bantuan anak-anak kak Vernnah.

Edy turut menekankan bahawa pembaikan itu dilakukan bagi memastikan anak-anak keluarga tersebut dapat belajar dengan lebih selesa.

“Kak Vernnah kata dia tidak pernah menyangka akan menerima rezeki sebesar ini. Selama 18 tahun mereka tinggal di sini, tidak pernah terfikir rumah mereka akan berubah bentuk, seperti kini ada sinar cahaya di rumah mereka.”

Dalam pada itu, Edy mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan dan sumbangan sehingga memberikan keselesaan kepada keluarga kak Vernnah.

“Alhamdulillah, gembira melihat senyuman mereka,” tambah Edy.

Baca Juga:
Dendeng, sambal nyet berapi Khairul Aming kini disahkan halal oleh Jakim
Selama 40 tahun, banglo unik ini terletak di tengah ’roundabout’
Pisang di dinding dilelong dengan harga lebih RM4 juta