10 senarai ‘Password’ yang ramai rakyat Malaysia guna, no 1 paling senang nak teka

Photo of author

By Syima Iza

10 senarai ‘Password’ yang ramai rakyat Malaysia guna, no 1 paling senang nak teka.

Dalam mendaftar sebagai pengguna di mana-mana laman web atau aplikasi, orang ramai perlu memasukkan kata laluan atau ‘password’ yang akan digunakan semasa ‘log in’.

Kombinasi kata laluan haruslah dibuat mengikut ciri-ciri yang ditetapkan seperti perlu mengandungi huruf besar, nombor, simbol dan sebagainya.

10 senarai 'Password' yang ramai rakyat Malaysia guna, no 1 paling senang nak teka

Namun, ada juga laman web yang tidak menetapkan sebarang ciri-ciri tersebut, menyebabkan pengguna mengambil jalan mudah dan menggunakan kata laluan yang mudah diingat.

‘123456’ Paling Banyak Digunakan Sebagai Password Di Malaysia

Dalam laporan ‘Top 200 Most Common Passwords’, ‘123456’ menjadi kata laluan yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, menjadikannya kombinasi nombor satu selama dua tahun berturut-turut.

Di seluruh dunia, kata laluan ini digunakan lebih tiga juta kali, dan ia juga merupakan kombinasi paling popular di Malaysia, digunakan sebanyak 14,396 kali.

Perkara ini didapati menerusi analisis ke atas pangkalan data 2.5TB yang diambil daripada pelbagai sumber awam, termasuk ‘dark web’ oleh NordPass bersama NordStellar.

Menurut laporan tersebut, tiada sebarang data peribadi yang diambil atau dibeli bagi menjalankan kajian ini.

Data tersebut dibahagikan kepada beberapa kategori untuk dianalisis mengikut 44 buah negara.

‘123456’ Password Paling Popular Dalam 5 Analisis

10 senarai 'Password' yang ramai rakyat Malaysia guna, no 1 paling senang nak teka

Kombinasi kata laluan ‘123456’ telah menjadi pilihan utama dalam lima daripada enam analisis yang dilakukan oleh NordPass setiap tahun.

Pada 2022, ‘123456’ jatuh kedudukan dalam carta tersebut apabila ia tidak lagi menjadi kata laluan paling popular.

Selain kombinasi nombor sebagai kata laluan, beberapa kata laluan popular lain termasuk ‘password’, ‘qwerty123’ dan ‘secret’. Kesemua ini memerlukan masa kurang dari satu saat untuk dibuka (crack).

Majoriti kombinasi kata laluan yang disenaraikan memerlukan masa hanya beberapa milisaat untuk dibuka. Kata laluan yang memerlukan masa paling lama, iaitu 12 hari, ialah ‘g_czechout’ yang berada di tempat ke-157.

‘Starwars’ & ‘Pokemon’ Pilihan Popular Sebagai Password

Selain itu, terdapat juga kata laluan yang dipilih berdasarkan perkara yang popular seperti ‘dragon’, ‘pokemon’, ‘liverpool’, ‘starwars’ dan ‘naruto’. Ada juga yang menggunakan nama panggilan mereka.

Di Malaysia, 10 kata laluan yang paling banyak digunakan ialah:

  1. 123456
  2. qwerty123
  3. 123456789
  4. qwerty1
  5. 12345678
  6. 12345
  7. abc123
  8. password
  9. 1234567890
  10. abcd1234

Manakala, kata laluan ‘sayang’ pula menduduki tangga ke-13.

Di negara jiran, Indonesia, antara kata laluan popular termasuk ‘bismillah’, ‘rahasia’, ‘admin’ dan ‘indonesia’.

Gunakan Kata Laluan Unik Bagi Akaun Berbeza

Orang ramai diingatkan untuk mencipta kombinasi kata laluan yang unik agar akaun lebih sukar digodam, sekaligus menjamin keselamatan data peribadi.

Selain kata laluan yang popular, Cybersecurity & Infrastructure Security Agency (CISA) berkata maklumat pengenalan diri seperti tarikh lahir dan nama haiwan peliharaan juga tidak selamat. Ini termasuk nombor pada kad pengenalan.

Berikut adalah tiga tips dalam menghasilkan kata laluan yang selamat:

  1. Menggunakan kata laluan yang panjang, dengan sekurang-kurangnya 16 karakter.
  2. Hasilkan kata laluan yang rawak dengan menggabungkan huruf, nombor dan simbol, atau menggunakan ‘passphrase’.
  3. Gunakan kata laluan yang unik bagi setiap akaun berbeza seperti media sosial, perbankan dan emel.

Selain itu, pengguna juga boleh menjanakan kata laluan yang unik melalui ‘password manager’ seperti di Google. Kata laluan akan dijana serta disimpan, dan boleh digunakan dengan hanya satu klik pada masa akan datang.

Orang ramai juga diingatkan untuk mengaktifkan pengesahan dua faktor (2FA) atau multifaktor (MFA) bagi akaun yang membenarkan perkara ini, terutama sekali akaun bank.

Baca Juga:
Netflix umum kenaikan harga langganan untuk pelanggan di Malaysia
Suami isteri kaya selepas jumpa ‘Pelita Jin Aladdin’
Cik Epal buat ‘live’ jual kambing perap, ramai puji cantik siap hantar resume ajak kahwin