10 remaja cucuk ubat kuat, kemaluan bertukar jadi hitam.
Berani menggunakan ubat untuk merangsang alat sulit tanpa memikirkan kesan buruk semakin membimbangkan dalam kalangan remaja.
Dalam satu hantaran oleh seorang jururawat di media sosial, dia berkongsi kisah mengenai ‘ubat kuat’ yang mengejutkan dirinya.
Kisah bermula apabila sekumpulan remaja dalam lingkungan usia 20-an datang ke jabatan kecemasan kerana mengalami masalah nekrosis, iaitu sel mati akibat penyakit pada zakar.
“Selepas kerja, saya berbual sekejap dengan pegawai perubatan. Dia ceritakan satu kes yang betul-betul menggemparkan.
“Masa doktor bertugas, datang 10 orang remaja lelaki, umur antara 19 hingga 20 tahun, pada jam 2 pagi.
“Kes mereka melibatkan alat sulit yang menjadi nekrotik. Separuh (kulit alat sulit) sudah hitam. Ya Allah… saya terkejut,” jelasnya memulakan cerita.
Menurut jururawat itu, doktor yang merawat menjelaskan bahawa semua remaja berkenaan mengaku melakukan tindakan berbahaya dengan menyuntik ‘ubat lintah’ pada alat sulit mereka.
“Salah seorang daripada mereka kata mereka suntik ubat lintah pada alat sulit sendiri. Ya Rabbi… tak boleh bayangkan,” katanya.
Bagaimanapun, lebih mengejutkan apabila mendengar alasan mengapa mereka bertindak sedemikian.
“Bila tanya untuk apa… dia cakap kawan-kawan lain ada beritahu boleh bagi ‘bertahan lama’. Serius la? Weh beraninya cucuk bagai, dekat kawasan sensitif lagi,” katanya.
Mendengar kisah yang diceritakan itu membuatkan persoalan timbul dalam diri wanita ini tentang keperluan mereka merisikokan diri dalam usia yang masih muda.
Dalam era di mana maklumat sangat mudah diakses, mereka sepatutnya dapat memperoleh pengetahuan yang lebih baik.
“Masalahnya kan… mereka muda-muda lagi. Tak kahwin pun lagi. Nak bagi bertahan lama untuk apa? Budak-budak zaman sekarang kan.
“Kemudian paling menyedihkan semua kena tahan wad sebab perlu potong separuh daripada zakar. Tak tahu la tu nanti kahwin ke tak.
Macam mana la mereka boleh berani nak buat yang bukan-bukan macam ni.
NETIZEN
“Tolong la jangan buat benda pelik-pelik. Sepanjang dengar cerita ni berapa kali saya mengucap panjang,” jelasnya.
Dalam pada itu, jururawat ini turut menjelaskan walaupun selepas rawatan dibuat, keadaan ini tidak akan menjejaskan fungsi alat sulit.
“Pegawai perubatan cakap masih boleh berfungsi tapi tu la… dah pendek,” katanya.
Hantaran yang dikongsi ini meraih pelbagai reaksi netizen yang bimbang memikirkan masa depan anak muda zaman sekarang.
“Dah nekrosis baru datang jumpa doktor. Nasib baik tetap datang hospital. Kalau dibiarkan saja jangan-jangan boleh bawa kematian dalam diam. Malu-malu nak dapatkan bantuan perubatan.
“Ya Allah, seramnya pengalaman macam ni. Macam mana la mereka boleh berani nak buat yang bukan-bukan macam ni. Tak kena ‘basuh’ dengan doktor ke? Tapi kalau dah sampai kena potong tu kiranya dah tak boleh berfungsi ke? Naya Pak Karim,” komen netizen.
Untuk makluman, nekrosis adalah satu bentuk kecederaan sel yang mengakibatkan kematian pramatang sel-sel pada autolisis (pemusnahan sel melalui tindakan enzim).
Nekrosis disebabkan oleh faktor-faktor eksternal sel atau jaringan seperti jangkitan, racun atau trauma yang mengakibatkan pencernaan tidak teratur komponen-komponen sel.