Tindakan sepasang ibu bapa memberikan gelang tangan jenama popular kepada guru-guru anak mereka sempena sambutan Hari Guru esok, telah menarik perhatian orang ramai.
Melalui perkongsian video di laman TikTok @nurashikindin, hadiah Hari Guru yang mengandungi gelang perhiasan jenama popular itu dibeli khas untuk 10 orang guru pengajar anak mereka yang berusia 7 tahun.
“Hadiah Hari Guru 2024 dari Hafiy Hadeef untuk mualim dan mualimah (guru lelaki dan perempuan), 10 orang gurunya,” kata Nurashikin.
Difahamkan, sudah menjadi rutin bagi keluarga tersebut setiap tahun, untuk meraikan para guru dengan menyediakan pelbagai jenis hadiah istimewa, malah sering kali mereka tidak mengira walaupun memberi dalam kuantiti yang banyak.
Rata-rata pengguna TikTok turut memuji kesungguhan mereka dalam menghargai guru sehingga sanggup mengeluarkan belanja yang mahal sempena sambutan tersebut.
“Syabas kepada ibu bapa yang mendidik anak-anak untuk murah hati dalam memberi. Mengikut kemampuan masing-masing, walaupun dengan ucapan ‘terima kasih’ sahaja, sudah cukup untuk menyentuh hati para guru,” kata @Jamilah Hassan.
@nurashikindin Hadiah hari guru 2024 dari Hafiy Hadeef untuk mualim & mualimah ❤️. 10 orang guru nya. Special thanks to Ammar tolong bungkuskan hadiah hari guru hafiy cantik2 💋 #hadiahhariguru2024 #habibjewels #fypシ゚viral @HABIB Jewels ♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version – sped up 8282
“Semua orang pasti ingin melakukan perkara yang sama jika mampu. Adalah satu kegembiraan dapat berkongsi rezeki. Semoga suatu hari nanti saya juga dapat memberi lebih daripada sekarang, Insha-Allah,” komen @Yunnie Yaacob.
“Nilai sebuah hadiah adalah dari kemampuan. Yang penting, nilai menghargai guru dapat diterapkan dalam diri anak-anak. Kini giliran anak, hari ini saya menyediakan kek batik dan menghiasnya dengan riben untuk muallim dan muallimah,” ujar @Anak Mak Chantek.